Blogger Templates

salam mujahadah

salam mujahadah

Thursday, December 1, 2011

Buat yang ku sayangi...


KUINGIN KAU TAHU…

Mereka yang Ku sayangi….

Ingin sekali aku kau mengerti…

Bahawa aku sangat sayang padamu…

Bukan niatku untuk melukakan…

Bukan niatku untuk mengecewakan…

Malah jauh sekali untuk melawan,

apatah lagi untuk menderhaka…

Aku menegrti nilai kasih sayangmu…

Sungguh aku amat menghargainya…

Namun mereka yang kusayangi…

Fahamilah aku…

Akau pergi atas tuntutan agama…

Aku pergi atas dasar Cinta yang pertama…

Asas cinta kita semua…

Perjalananku bukan sia-sia…

Aku pergi keranaNya…

Juga sumbanganku untukmu di sana nanti….

Aku tahu engkau tidak mengerti perihal ini…

Namun aku tidak mampu memberi hidayah…

Harapanku agar ini mampu membawamu kesyurga…

Aku tahu…

Sukar untukku memahamkan padamu..

Diamku bukan bereerti apa yang kau ungkapkan keseluruhannya adalah benar…

Jawabku bukan bermaksud aku berdiri atas dasar ego…

Maafkan aku andai itu yang bermain dibenak fikiranmu…

Andai ku kata ini perjuangan.

Kau katakan diriku terlampau dalam agama.

Segalanya kacau dalam fikiran,

Berbekalkan sebuah kesabaran dariNya aku hanya mampu berdiam…

Maafkan aku…

Bukan aku tidak mendengar katamu…

Namun aku keras untuk tetap pergi jua…

Maafkan aku…

Aku amat sayang padamu…

Mengertilah aku…

Hakikatnya sokonganmu amat ku harapkan…

Mungkin bukan sekarang kefahaman itu tiba,

Namun ku harapkan ianya satu hari engkau akan faham…

Coretan ini tidak mampu untuk aku luahkan dengan kata-kata,

Hanya mampu dicoretkan disini….

Bukan untuk mendatangkan keriakan didalam jiwa….

Namun aku tidak mampu menahan ianya di dalam hati…

Cuma nasihatku pada yang lain…

Bersyukurlah…

Andai mereka yang kau sayangi adalah mereka yang teramat mengerti…

Gunakanlah peluang yang ada sebaiknya…

Teruslah tetap mengibarkan panjinya

Agar Islam terus tertegak di muka bumi….

Doakan ana thabat di jalan ini…

Kerana tiada yang dapat menolongku nanti….

Melainkan berada dalam landasan ini….

0 comments: