Blogger Templates

salam mujahadah

salam mujahadah

Wednesday, October 27, 2010

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

1)Wahai kawanku,
Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan
Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ...dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku,
Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman
Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku,
Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari
Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita...
Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku,
Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan?
Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku,
Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah
yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi
Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku,
Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah
kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair :
Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau
Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku,
Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!!
Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita...
Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya
Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku,
Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain
Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah...mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.
Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat...apabila ada tujuan syarie.
-untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
-untuk menghapuskan kemungkaran
-kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku,
Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!!
Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci
Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku,
Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan.
Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..)
Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!!
Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.

http://mujib1.tripod.com

Tuesday, October 26, 2010



Duhai para Pejuang,
Pejuangan kita adalah perjuangan yang panjang,
kita adalah anak rantai perjuangan,
penyambung amanah Nabi, junjungan mulia,
pewaris penegak kalimah Islam didunia,
kita sebenarnya bukanlah sesiapa,
kita dengan yang lain adalah sama,
cuma ajaran Islamlah yang menjadi pembezanya,
namun dalam ranjau onak dan nikmat perjuangan yang kita temui,
jangan lupa akan satu nama,

"UJIAN",
ujian tentangan sudahlah pasti,
tentangan manusia bakal bertubi-tubi,
pandangan setiap sudutnya pada kita,
membuat hati terasa aneh,
tidak mengapa kalau yang memandang itu tidak sealiran,
tidak satu pegangan,
tetapi yang peliknya,
mereka adalah seaqidah dengan kita,
namun berbekalkan keteguhan hati,
semuanya berjaya ditempuhi,
Namun,
Pejuang,
itu sekadar ujian luaran,
belum lagi ujian dalaman,

"hati"
Duhai hati susahnya untuk dikawal,
pandai berlari-lari dibuai arus,
sukarnya meneguhkannya dilandasan keikhlasan,
risau kelak bakal dibuang,
dari tapisan para pejuang.
itu perkara yang paling menakutkan,
Duhai Tuhan dengarlah doa kami para pejuang mu...



"Ya ALLAH..."

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu

yang tidak kunkung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan

limpahan iman dan keyakinan

dan keindahan tawakkal kepadaMU,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan

ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini

sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,

Engkaulah sebaik-baik sandaran

dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,

Perkenankanlah permintaan ini…

- petikan doa rabitah

Sunday, October 24, 2010



Kekadang terfikir,
berada dimana kah aku,
adakah di lurah lorong-lorang yang benar?
ataukah sesat didalam cahaya...

Hidup ini terlalu mudah untuk tersasar,
Kadang terlupa asal kejadian,
kadang mengeluh tak tentu pasal,
Bersyukur kah atas nikmat Tuhan??
ataukah sekadar bibir yang berkata-kata,

yakinkah dengan janji Tuhan,
atau sekadar percaya yang belum mencukupi,
kadang terfikir sendiri,
lemahnya diri dipilih menjadi da'ie,
kesyukuran juga sering menjengah,
cuma...
Harapanku,
satu masa,
Aku mampu memperbaiki diri...

Friday, October 15, 2010

"Ketahuilah wahai kaum muda, bahawa kelompok orang-orang yang beriman yang bermarkas di Dar al-arqam dan yang dengan tangan mereka terwujud kemenangan Islam, adalah para pemuda. Rasulullah SAW ketika diutus berusia 40 tahun;Abu Bakar r.a lebih muda tiga tahun daripada beliau ; Umar r.a dua puluh tujuh tahun; Othman lebih muda daripada Rasulullah SAW dan Ali lebih muda daripada semuanya. begitu pula Abdullah Bin Mas'ud, Abdurrahman bin 'Auf , Al-Arqam Bin Abu Al-Arqam, Said Bin Zaid, Mus'ab bin Umair, Bilal Bin Rabbah, Ammar Bin Yassir, dan berpuluh dari lainnya bahkan beratus-ratus semua mereka para pemuda.



para pemuda itulah yang memikul beban dakwah,mereka itulah dengan penuh kessabaran yaang pernag mengalami siksaan dan mahu berkornan demi dakwah. Mereka bekerja siang dan malamm nereka sebar dan mewujudkan Islam itudengan segala kekuatan demi terbentuknya negara dan kekuasaan Islam, pemerintahan dan kepimpinan kaum muslimin itu. mereka menundukkan dua kerajaan besar Parsi dan Romawi pemerintahan. Kekesuaan mereka membentang sampai ke negeri Sind di timur dam di negeri caspia, Armenia dan Rusia di utara dan masuk pula ke dalam pemerintahan Syam (syria), Mesir, Cynaica ( di
(di Libya), Tripoli dan di daerah-daerah Afrika lainnya. itu semua terjadi hanya dalam tempoh waktu 35 tahun. dan pada masa bani Umaiyah , kerajaan dan kekuasaan mereka meluas dan membentang hingga ke negeri Sind (di Pakistan)negeri India di negeri Turkistan.

Wednesday, October 13, 2010

I AM.....




I AM


I am a hard working teacher who loves to laugh
I wonder how my students will do this year
I hear their brains clicking
I see the light in their eyes
I want them to want to succeed
I am a hard working teacher who loves to laugh

I pretend I am always in control
I feel like I’m swimming in quicksand sometimes
I touch the hearts and minds of others
I worry that I am not good enough
I cry when one of my family is in pain
II am a hard working teacher who loves to laugh

I understand I cannot save everyone ignorance and apathy
I say I still need to try
I dream of being the best teacher I can be
I try to make my classes interesting
I hope I never stop caring
I am a hard working teacher who loves to laugh

--Art Belliveau

Tuesday, October 5, 2010

zainab Al-Ghazali.

Contoh seorang Muslimah Abad 20
ZAINAB AL GHAZALI AL ZUBAILI

Zainab Al Ghazali Al-Zubaili nama sepenuhnya. la dilahirkan disekitar tahun 1917, di awal abad dua puluh ini, 65 tahun usianya ketika ini.Mula ditahan dalam tahun 1965, ketika itu usianya sekitar 44 tahun. Akibat dari penyeksaan yang dahsyat yang ditanggungnya dalam tahanan ketika diambil statement oleh pendakwa, mereka menyangka umurnya lebih 90tahun, pada hal umurnya ketika itu 44 tahun — menunjukkan betapaberatnya seksaan yang dilakukan oleh rejim Jamal Abdel Nasser.Zainab Al-Ghazali mengasaskan penubuhan "Jamaah Saidatina Muslimah". Satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yangmempunyai method cara dan matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin. Meski pun beliau dipilih menjadi ketua pertama Jamaah itu,namum beliau telah berbai'ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin,Hassan Al-Banna, pada penghujung abad 14 hijrah beliau ditugaskan memimpin Jemaah Saidatina Muslimah.Tujuan jamaah ini ialah untuk memimpin wanita Islam dan menyedarkan mereka serta mengangkat darjat mereka untuk menyebarkan panji-panji Islam, agar memahami Islam, agar wanita-wanita Islam dapatmenjalankan peranan wanita dengan mengikut contoh wanita salafus soleh.Dengan itu mereka berkeyakinan umat Islam akan dapat dibangunkan semula dan negara Islam akan dapat ditegakkan dengan lelaki yang dididik oleh wanita yang bernaung di bawah Al-Quran dan As-Sunnah. la berjuang meletakkan wanita sebagai ibu yang dapat mendidik rijal (pejuang) untuk membangunkan Islam.Ketika itu proses pembaratan sedang hebat berlaku di Mesir.Kemasukkan sosial budaya barat sedang berlaku dan terus melanda budaya umat Islam — pakaian , tingkah laku dan pemikiran mereka sedang hanyut dalam budaya Barat yang menunju ke arah kehancuran. Inilah diabelenggu sekularisma. Zainab Al-Ghazali berjuang membebaskan belenggu sekularisma ini.Beliau sangat yakin bahawa masa depan umat ini bergantung kepada peranan ibu-ibu, oleh kerana itu gerakan beliau ini antaranya untuk memberi pimpinan yang wajar pimpinan Islam kepada wanita Islam. Untuk melahirkan rijal, tenaga lelaki yang bersedia menjualkan dirinya untuk Islam.Tanggungjawab umat hari ini, sangat berat iaitu membebaskan diri dari kongkongan dan cengkaman sekularisma yang meuguasai negara mereka, membebaskan diri mereka daripada jahiliyah yang sedang mengongkong hati dan pemikiran mereka. Tanggungjawab ini sangat berat.Sekularisma bukan sahaja wujud sebagai teori semata-mata bahkan ia wujud sebagai institusi yang mengikat teguh sesamanya.Beliau berkeyakinan bahawa Daulah Islam akan tetap ditegakkan kembali dengan izin Allah S.W.T dengan syarat melalui satu jalan iaitu JALAN ISLAM. Negara Islam tidak dapat ditegakkan dengan lain-lain jalan kecuali JALAN ISLAM. Menurut beliau lagi, cara utama untuk kembali kepada JALAN UTAMA ini ialah Revolusi Pemikiran (Thaurah Fikriyah) —satu revolusi yang dapat mengubah pemikiran Jahiliyah kepada pemikiran Islam, berdasarkan 'aqidah Islam. Ini memerlukan Tarbiyah — pendidikan amali untuk membentuk sikap, tindakan-tindakan dan tingkah laku serta pemikiran Muslim dan Muslimah menjadi pemikiran Islam.Beliau menyebutkan ini sebagai langkah awal dalam pembentukkan Daulah Islam. Beliau fahami ini daripada Al-Quran tentang sunnah perubahan. Sebagaimana firman Allah S.W.T. yang maksudnya, "Sesunguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka."Bahawa perubahan itu tidak akan berlaku kecuali adanya perubahan diri itu…..yang difokuskan kepada jiwa dan hati manusia. Ini merupakansatu macam ketentuan - sunnatul llah dalam mengatur perubahan sejarah.Bahawa perubahan diri ini bermula dengan perubahan pemikiran, peribadidan tingkah laku diri manusia. Inilah fahaman beliau yang mendalam tentang Islam. Beliau menganjurkan untuk menuju kepada Daulah Islam,hendaklah mengadakan revolusi pemikiran perubahan yang pantas seperti sikap para sahabat.Beliau memetik kata-kata Syed Qutb dalam memperkatakan Jilun -Quraanun - Fariid, satu generasi Quran Yang Unik, bila mereka memeluk Islam, mereka sekali gus meningggalkan ciri-ciri Jahiliyah secaramenyeluruh. Perubahan atau Revolusi yang pantas dan cergas ini dilakukan dan seluruh pandangan mereka tentang nilai-nilai hidup dilihat mengikut neraca Islam, bukan neraca dunia atau Jahiliyah.Beliau memahami bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh Rasulullah S.A.W. dalam dakwah baginda. Langkah pertama dalam membuat perubahan ialah melalui Tarbiyah atau pendidikan keatas para sahabat, mereka dididik oleh Rasulullah S.A.W. bukan pada teori bahkan pada diri dan tingkah laku mereka. Tarbiyah ini meliputi Tarbiyah Rohanidan Jasmani. Tarbiyah yang menekankan kepada pembentukkan Iman yang mendalam, sehingga tercerna dan lahir dalam tingkah laku mereka,sehingga Al-Quran tercerna dan tercetak pada diri dan tubuh badan mereka. Sehingga segala tindakan mereka adalah Islam — di lihat sahaja pada diri salah seorang dari mereka sudah ternampak akan Islam,ternampak akan Daulah Islam pada diri mereka, dan seterusnya hidupnya adalah Islam. Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. yang mendidik jiwa mereka melahirkan manusia misali yang unggul dalam sejarah peradaban manusia. Demikianlah natijah hasil dari didikan Iman, yang jelas pada sifah para sahabat. Lihatiah!! Seorang pemuda yang kacak dan anak tunggal dari keluarga hartawan, Mus'ab 'Umair namanya- ia yakin dengan ajaran Muhammad S.A.W. dan terus memeluk Islam sebagai agamanya, sehingga akhir hayatnya. Setelah ibunya mengetahui bahawa Mus'ab mengikut ajaran Muhammad S.A.W, maka ia mengugut tidak akan memberi harta warisan kepada Mus'ab, seandainya ia tidak mahu kembali kepada agama nenek moyangnya. Mus'ab sudah bulat keimanannya, demikianlah hasil didikan Rasulullah S.A.W. terhadapnya ia terus beriman dengan ajaran Muhammad S.A.W. "Aku memilih ajaran Muhammad dari memilih harta kekayaan".

Ibunya pula terus bersumpah,ia tidak mahu makan sehingga Mus'ab kembali kepada agama asalnya.Sebaliknya Mus'ab pula bersumpah "Seandainya ibuku mempunyai 100nyawa, dan keluar satu demi satu dari tubuhnya aku tetap dengan ajaran Muhammad SAW, aku tetap dengan kalimah LAILAHA ILLALLAH,namun aku tingalkan Islam, sekali-kali tidak". Inilah kesan yang terus menerus dari Tarbiyah, Mus'ab ketika syahid di medan Jihad, tatkala kain yang ada padanya untuk ditutupkan ke atas tubuhnya tutup kepalanya,terdedah kakinya, tutup kakinya terdedah kepalanya. Akhirnya Rasulullah S.A.W. memerintahkan bahagian kepalanya ditutup dengan kainnya dan bahagian kakinya ditutup dengan daun kayu. Demikianlah Mus'ab sanggup meninggalkan kesenangan dan kekayaan, dan rela mengorbankan dan menjual dirinya kepada Islam… semoga syurga firdaus ganjaranya. Pengorbanan demikian tidak sanggup dilakukan oleh manusia kecuali mereka yang dididik dengan Iman. Inilah sebagai satu syarat yang diwujudkan oleh Zainab Al-Ghazali, agar Negara Islam dapat dikembalikan.Semasa beliau memimpin Jamaah Saidatina Muslimah, beliau telah dapat membawa masuk ramai wanita-wanita Islam di Mesir dan mereka telah dibentuk dan dididik mengikut model Tarbiyah Madrasah Rasulullah S.A.W. Di antara mereka yang rapat hubungan dengan Zainab Al-Gahazal iialah dua saudara Syed Qutb, Aminah Qutb dan Hamidah Qutb,; Halidah Hassan Al-Hudaibi, Al-Hayah Sulaiman Al-Zubair, Fatiraah A!-Fath,Aminah Al-Jauhati. Al-Waliyah Al-Hudaibi dan Al-Afdah. Mereka inilah yang beliau sifatkan sebahagian dari mereka sebagai sebahagian anak-anaknya,sebahagian dari mereka sebagai adik-adiknya, sebahagian dari mereka sebagai kakak-kakaknya, dan sebahagian dari mereka sebagai ibuibunya.Kerana di antara mereka ada yang berumur 85 tahun, Ummi Ahmad namanya, ia telah di tangkap oleh rejim Jamal Nasser ketika ia berusia 85 tahun, ketika Zainab mendengar berita itu, ia memperkatakan bahwa ini adalah pertanda baik bagi Islam. Musuh-musuh Islam telah gentarkepada wanita Islam yang telah tua lagi uzur. Ini menunjukkan hasrat danminat terhadap Islam terlalu tinggi. Musuh-musuh Islam telah gentar,mereka tidak dapat membezakan antara yang bertenaga dan tidak bertenaga, antara wanita dan lelaki, antara tua dan muda, semuanya sama sebagai musuh mereka.Setelah Mursyidul 'Am Hassan Al-Banna syahid dimamah peluru durjana yang tidak mengenal insan beriman atau tidak, Zainab Al-Ghazali terus berbai'ah kepada Hassan Al-Hudhaibi, Mursyidul 'Am penganti Hassan Al-Banna. Ia terus mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pimpinan Ikhwan Muslimin. la mendengar pandangan mereka dan mengambil pengajaran daripada mereka.Beliau bersuami, suaminya seorang yang dihormati, seorang 'Ulama yang berilmu tinggi dan sangat kuat memberikan dorongan kepada isterinya untuk meneruskan da'wah ditengah-tengah masyarakat manusiadi Mesir. Zainab Al-Ghazali menceritakan ketika penyeksaan yang dihadapinya di penjara sampai kemuncaknya, mereka telah mengunakan berbagai cara bagi melemahkan jiwa dan rohnya menyebabkan ia terpaksa dibawa ke hospital. Regim Jamal Abdel Nasser memaksa suaminya menceraikannya dan membawa surat cerai itu ke dalam bilik kurungan dihospital, di mana Zainab sedang dirawat. Ketika saudara-saudaranya melawatinya mereka menceritakan ketika suaminya dipaksa menceraikan Zainab Al-Ghazali, ia bersumpah "sekali-kali tidak, aku menceraikan isteriku".

Demikianlah keteguhan, kesetiaan dan pengorbanan suaminya,sehingga ia kembali menemui Tuhannya ketika Zainab Al-Ghazali masihdalam Tahanan.Kisah tahanan ke atas Zainab Al-Ghazali adalah sangat mengkagumkan, kerana seorang wanita telah dapat menanggungpenyeksaan yang lebih berat dari penyeksaan ke atas lelaki. Beliaumenyebutkan, sebelum ia ditahan, Jamal Nasser memerintahkan Jamaah Saidatina Muslimah dibubarkan dengan menghantar notis melalui mahkamah, dan akan menarik notis pembubaran itu dengan syarat ZainabAl-Ghazali mestilah berkerjasama dengan Parti Istrokiyah. Zainab Al-Ghazali menolak, kemudian ia ditawarkan menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat, beliau menjawab: "Dalam perjuangan ku tidak bercadang untuk menjadi menteri aku hanya mahu berdakwah" Jamal Nasser telahputus asa memujuk Zainab Al-Ghazali untuk masuk Parti Istrokiyah, JamalAbdel Nasser memerintahkan untuk menangkap Zainab Al-Ghazali. Sewaktu beliau dibawa keluar dari rumahnya satu pembunuhan telah dirancangkan……sebuah kereta merempuh kereta yang membawa Zainab Al-Ghazali. Setelah rancangan awal ini gagal, akhirnya Zainab ditahan….. setelah di tangkap semula, setelah di bebaskan pada tahun 1964.Zainab Al-Ghazali terus dibawa ke penjara dengan sebuah kereta,dalam perjalanan itu dimaki hamun yang tidak dapat diterima oleh akal dan tidak dapat digambarkan oleh fikiran. Setelah sampai ke penjara ia diseret ke bilik kurungan dengan kata-kata yang kesat, yang tidak wajardihadapkan kepada binatang, apatah lagi kepada manusia. Mereka mengugut untuk membunuhnya seperti mana yang mereka lakukan kepada berpuluh-puluh anggota Ikhwan Muslimin, mereka mengugut untuk menanam hidup-hidup seperti mana yang mereka lakukan kepada berpuluh-puluh orang yang sealiran dengan Zainab Al-Ghazali. Dengankata-kata yang kasar, ia diheret kehilik kurungan oleh seorang lelaki yang bertubuh besar seperti syaitan hitam. Zainab Al-Ghazali mengesahkan saya berdoa dalam hati saya. "Ya Allah, kurniakanlah ke atas ku ketenangan, dan tetapkanlah pendirian ku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hati ku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai".Itulah yang dapat saya katakan. Kemudian saya terus dimasukkan kedalam bilik kurungan. Dalam bilik kurungan itu ada dua orang lelaki(syaitan) yang sedang duduk di atas meja membelik-belik buku catitan,yang saya tahu itu adalah buku catitan Syahid Abdul Fatah Ismail. Tahulah saya bahawa Abdul Fatah juga ditangkap ketika itu.Di waktu itu saya mendengar azan 'Asar ... saya bersyukur keranaALlah SWT telah menyelamatkan saya dari "keganasan syaitan". Saya dapatmenunaikan sembahyang, dan tiba-tiba datang lagi syaitan durjana, dengansikap yang kasar dan keras memerintahkan saya ke sel kurungan. Sayadiheret ke sel kurungan dan penyeksaan pun bermula. Semasa saya diheretke sel kurungan, saya melihat dalam sel penjara itu tubuh-tubuh manusiayang diseksa, tahulah saya bahawa mereka dari keluarga IkhwanMuslimin. Mereka sedang diseksa dan dipukul, memenuhi sel-sel penjaraitu. Mereka adalah pemuda-pemuda yang saya sifatkan sebagai anak-anaksaya, pemuda yang pernah dan sering datang meminta pengajaran dannasihat dari saya. Saya berdoa "Ya Allah tetapkanlah pendirian kami, YaAllah peliharalah kami daripada kejahatan orang-orang yang jahat."Saya dimasukkan ke dalam sel kurungan, kuasa letrik dinyalakandengan kuat, sebagai satu bentuk penyeksaan. Bi l ik itu dipenuhi anjinganjing,anjing-anjing yang saya tidak tahu herapa banyak bilangannya.Anjing-anjing itu dilepaskan kepada saya... saya memejamkan mata danmeletakkan dua tangan saya ke dada saya, kerana saya gerun melihatanjing-anjing ganas lagi lapar itu. Saya dengar pintu ditutup dengan rantaidan dikunci. Saya merasai seluruh tubuh saya dikerumuni dan digigit olehanjing itu. Saya membuka mata dan kemudian memejamkan mata saya,kerana penyeksaan yang amat sangat. Ketika itu saya berdoa kepada AllahS.W.T dalam hati saya... dan anjing-anjing itu terus menggigit danmenggigit, merobak-rabikkan dan memanjat-manjat seluruh tubuh saya —itulah yang saya rasai. Saya berdoa "Ya Allah!!! tetapkanlah hati ini danpalingkanlah hati dari yang lain Ya Allah, agar hati ini melupakanpenyeksaan ini. Ya Allah!!"Kemudian saya dengar pintu dibuka orang, dan saya dibawa keluar.Saya menyangka pakaian saya yang putih bersih ini berlumuran darah...itulah yang saya rasai dan sangkakan. Alangkah terkejutnya saya, tiada apaapa kesan, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Saya tahu bahawa AllahS.W.T bersama-sama dengan saya…Maha suci Engkaulah Wahai Tuhan ku.Beliau mengeluh dan merasai ni'mat kurniaan Allah yang tinggi sertakemurahan Allah S.W.T kepadanya dan pemeliharaan Allah kepadanya.Zainab Al Ghazali menceritakan; syaitan yang memegang tangansaya bertanya kepada saya: Bagaimana anjing-anjing itu tidak merubak rabikkan daging engkau. Bagaimana anjing itu tidak menggigit engkau!!!Ada dua orang syaitan ketika itu, masing-masing memegang belantan ditangan mereka.Waktu itu hari hampir 'Isyak…kerana bayang-bayang dari luarkelihatan kemerah-merahan. Saya dibiarkan bersama anjing-anjing ituselama tiga jam. Inilah satu bentuk penyeksaan yang saya rasai…sayaberserah bulat kepada Allah S.W.T kerana lebih berkuasa dari segala-galanya.Kemudian peningkatan penyeksaan pun diteruskan.

Satu ketika saya direndam dalam air sejuk, pada hal ketika itu musim sejuk...dilepaskan pula udara sejuk.Beliau menyatakan, satu ketika ia melihat surat arahan tulisan tanganJamal Abdel Nasser (la'natullah 'alaih) kepada pegawai penjara yangmemerintahkan supaya Zainab Al-Ghazali diseksa lebih dari seksaanterhadap lelaki.Demikianlah! segala macam penyeksaan mereka lakukan. Bermuladengan gigitan anjing-anjing, ke dalam sel yang berisi air dan udara sejuk...dan macam-macam lagi penyeksaan... dengan segala sepak terajang danpukulan-pukulan cota…menyebabkan Zainab Al-Ghazali terpaksa dirawatdi hospital beberapa kali.Beliau mengesahkan, satu hari pengawal penjara yang ditugaskanuntuk memukulnya, tidak mahu memukulnya. Ia berkata "Duhai Makcikku (Ya Khali), tidak sanggup saya memukulmu, tidak ada sebab mengapaharus saya memukul mu, Ya Khali". Rupa-rupanya ketika itu, ketua penjaramengintai perbualan mereka, ia menyeret keluar dan memaki hamun pemuda itu. Pada esok harinya, ketua penjara memberitahu kepada ZainabAl-Ghazali, pemuda itu ditembak mati.Pegawai penyeksa-penyeksa di penjara terkejut kehairanan bagaimanakah keseksaan yang amat berat itu sanggup ditanggung oleh wanita...yang lebih berat penyeksaan yang ditanggung oleh lelaki... dan tidak sanggup ditanggung oleh sebarangan lelaki. Iman seorang wanita yang kebal dan kental, lebih kuat dari bubur — Muhathah. Mereka amat takjub dan mereka mengatakan, ini adalah suatu perkara yang luar biasa. Salahseorang dari mereka datang berjumpa dengan Zainab Al-Ghazali. Iabertaubat dan meminta Zainab untuk mengajarnya Islam dan bagaimanakah hendak mendirikan Solat. Ini menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja dilatih keganasan fizikalnya, malah dilatih dengan fahaman mereka.Oleh kerana itu ada di antara mereka berkata kepada Zainab Al-Ghazali: Kamu sering berkata tentang Neraka Jahanam. Sekarang kamu berada dalam neraka Jamal Abdul Nasser. Mintalah keampunan dari Nasser atau Engkau terima syarat-syarat yang ditawarkan olehnya. Ketika Zainab berkata: Allah…Allah…., salah seorang dari mereka berkata :Seandainya kami nampak Allah yang kamu sebut itu, kami akan tangkap ia dan penjarakan bersama-sama kamu. Inilah kekufuran yang berlaku. Inilah yang menyebabkan mereka takut dan gentar kepada gerakan Islam.

Kemudian beliau dibicarakan dalam mahkamah pura-pura, beliau dipenjara seumur hidup. la dipenjara bersama-sama dengan HamidahQutb, bersama-sama seorang wanita yang sarat mengandung. Pada hari-hari awal di dalam kem tahanan tentera, mereka dihidangkan dengan roti kering yang disapu dengan najis. Mereka menahan kelaparan yang amat sangat. Mereka ditempatkan di tempat yang busuk lagi kotor. Mereka menjenguk keluar, manalah ada kiranya sisa-sisa makanan, ada pengawal penjara yang baik sedikit mencampakkan kulit-kulit pisang ke dalam sel kurungan, mereka ambil dan makan kulit-kulit pisang itu, mereka tidak sanggup memakan roti yang disapu dengan najis.Zainab Al-Ghazali dipenjara di sebuah kem tahanan tentera yang terletak di pinggir kota Kaherah. Beliau melihat wanita-wanita yang telah rosak akhlaknya, mereka rosak kerana dadah dan arak, mereka telah kehilangan kehormatan mereka, akibat dari proses pembaratan yang dilakukan oleh rejim sosialis. Zainab Al-Ghazali dan saudara-saudaranya itu diberi layanan yang buruk, berbeda sama sekali layanan yang diberikan kepada wanita-wanita Yahudi yang ditangkap kerana kegiatannya sebagai"spy" adalah lebih baik daripada layanan yang diterima oleh Zainab Al-Ghazali, Hamidah Qutb dan saudara-saudara mereka yang lain.Sehingga beberapa lama beliau ditahan, di satu pagi sekitar tahun1973, beliau dipanggil dan ditunjukkan surat pembebasan. Betapa berat kakinya untuk meninggalkan saudaranya Hamidah Qutb, tapi apakan daya semuanya diserahkan kepada ALlah S.W.T, kerana Allah S.W.T lebih berkuasa dari segala-segalanya. Tidak lama kemudian Hamidah pundi bebaskan.Menurutnya, satu perkara yang menguatkan beliau sanggup menanggung penyeksaan, kerana beliau sering berjumpa Rasulullah S.A.W dalam mimpinya. Oleh itu beliau yakin bahawa perjuangannya adalah benar dan jalan yang ditempohinya adalah benar. Rasulullah S.A.W bersabda "Syaitan diharamkan menyerupai ku". Oleh itu ia bermimpi berjumpa Rasulullah S.A.W adalah satu perkara yang benar.Demikianlah kisah Zainab Al-Ghazali, yang kini masih hidup, danterus menjalankan tugas-tugas yang berat ini bersama-sama Mujahid-Mujahid yang lain untuk mengembalikan umat manusia dan alam inikepada Islam. Berikutan dengan penangkapan beramai-ramai sahabat kitaIkhwan Muslimin oleh rejim Mendiang Anwar Sadat dan diteruskan olehrejim Husni Mubarak (Zainab Al Ghazali) turut juga ditangkap, tapi kali iniia hanya ditahan di rumah sahaja kerana dengan alasan sudah uzur. SemogaAllah S.W.T memelihara mereka.