Blogger Templates

salam mujahadah

salam mujahadah

Wednesday, May 25, 2011

pelbagai reaksi wajah...



Politik???

Bila disebut perkataan politik banyak yang menimbulkan aksi wajah yang pelbagai untuk ditonjolkan... ada yang meengeluakan wajah yg seribu persoalan, ada yang memandang dengan jijik, ada juga yang melarikan diri... sebahagian siap meninggalkan kata-kata yang pelbagai
"ala apa barang politik-politik x masuk kat hati aku"...
"bukan mainan aku lah politik-politik ni"...
"apa lah BN, PAS, DAP, PKR perdebatkan kan nie... xda kerja da ke"...
x kurang juga ada yang cakap Politik kotor,
sebahagian golongan agama mengatakan, Politik HARAM!!,hanya menggunakan agama untuk mendapatkan kuasa,
jangan libatkan diri... huh boringlah dalam berita balik-baalikk politik... penipuan, rasuah, rebut kuasa, menjajah, kaut harta, kebajikan... semuanya atas misi politik... Politik ni KOTOR... baik atas pagar... tak perlu libatkan diri hidup aman tenteram tanpa politik...


Benarkah begitu???

Apakah yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan politik?
benarkah Islam yang syumul tidak wujud politik??

Ayuh buka minda....

"Politik Islam (bahasa Arab: سياسي إسلامي) adalah Politik di dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah siyasah. Oleh sebab itu, di dalam buku-buku para ulama dikenal istilah siyasah syar’iyyah. Dalam Al Muhith, siyasah berakar kata sâsa - yasûsu. Dalam kalimat Sasa addawaba yasusuha siyasatan bererti Qama ‘alaiha wa radlaha wa adabbaha (mengurusinya, melatihnya, dan mendidiknya). Bila dikatakan sasa al amra ertinya dabbarahu (mengurusi / mengatur perkara). Bererti secara ringkas maksud Politik Islam adalah pengurusan atas segala urusan seluruh umat Islam."- http://ms.wikipedia.org/wiki/Politik_Islam

diantara takrifan lain politik / siasah :
TAKRIF SIYASAH ATAU POLITIK

Siasah menurut bahasa :

“Sasa- yasusu- siyasatan wa riasah” yang membawa maksud tadbir, perintah, mengetuai ( Lisan al-Arab, Dar al-kutub al-ilmiah)


Manakala menurut istilah para ulama’ terdahulu terbahagi kepada 2 :


1. Makna ‘Am : Mentadbir urusan manusia dan urusan dunia mereka dengan syariat Deen. Dengan ini kita dapati mereka mentakrifkan ‘Khilafah’ sebagai :

نيابة عن رسول الله صلى الله عليهم وسلم في حراسة الدين وسياسة الدنيا به

Mafhum : “Sebagai pengganti tugas Rasul dalam menjaga Agama dan mentadbir Dunia dengan berpaksikan agama”


2. Makna Khas : Tindakan2 yang dibuat oleh Imam ( Pemerintah) berdasarkan sumber-sumber, bertujuan untuk menghalang kerosakan dan mencegah kerosakan yang belum melanda atau suatu langkah pemulihan. (Lihat as-Siyasah as-Syariyyah – Dr. Yusoof al-Qaradhawi, Muassasah al-Risalah, hlm 31)


Sebagai contoh, kepelbagian tindakan yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar ra yang membakar peliwat, Umar ra yang mencukur rambut Nasar bin hajjaj akibat digilai oleh perempuan Madinah semasa pemerintahan mereka. Semua tindakan ini berubah menurut kepentingan maslahat setempat dan zaman.


Menurut As-Syahid Imam Hasan Al-Banna : ‘Siasah adalah kajian tentang persoalan umat Islam samada dalam dan luar negeri, ia tidak terikat dengan ikatan kepartian semata-mata” (Mabadi’ al-usul fi mu’tamarat al-khassah, muaassah al-Islamiyyah, 1980, hlm 104)


Perkataan asal siyasah digunakan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya :


كانت بنوا إسرائيل تسوسهم الأنبياء كلما هلك نبي خلفه نبي وانه لا نبي بعدي انه سيكون خلفاء فيكثرون

Mafhum : “Dahulunya Bani Israel dipimpin oleh para Nabi, tatkala wafat seorang Nabi maka dibelakangnya terdapat Nabi (lagi) dan sesungguhnya tiada seorang pun lagi Nabi selepas Aku( Rasulullah ), dana diikuti oleh para pemimpin…” [3]


DALIL KEWUJUDAN POLITIK DI DALAM ISLAM


Sejak berkembangannya fahaman Sekularisme di kebanyakan pelusuk dunia, ramai menjadi terkeliru dengan istilah2 seperti ‘politik kotor’, tiada politik dalam Islam, Islam tiada kaitan dengan politik dan pelbagai lagi.


Justeru percubaan memisahkan politik dari prinsip Islam ini sentiasa diperjuangkan oleh musuh-musuh Islam dan anak buahnya dari kalangan umat Islam sendiri. As-Shahid Sayyid Qutb berkata ; Islam yang dikehendaki oleh Amerika dan kepimpinannya di Timur Tengah, bukanlah Islam yang menentang penjajahan, kezaliman, komunisme tetapi sebenarnya mereka tidak mahu Islam memerintah, mereka mahu Islam yang membicarakan perkara yang membatalkan wudhu’ sahaja, dan bukan persoalan ekonomi Islam, Politik Islam, Masyarakat Islam dan Kewangan Islam.


Bagi mengembalikan kefahaman umat, menjadi kewajiban bagi merujuk kepada rujukan utama Islam dalam hal kesempurnaan Islam dalam kepelbagaian bidang kehidupan:


Al-Quran


الذين إن مكناهم في الأرض أقاموا الصلاة وآتوا الزكاة وأمروا بالمعروف ونهوا عن المنكر ولله عاقبة الأمور ( الحج:41)

Mafhum : Sesungguhnya orang yang kami berikan kepada mereka kekuasaan di atas muka bumi, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh kepada kebaikan, melarang kemungkaran, dan kepada Allah mereka menyerahkan penghujung sgl usaha” (Al-Haj : 41)

ونزلنا عليك الكتاب تبيانا لكل شيء وهدى ورحمة وبشرى للمسلمين (النحل:89)

Mafhum : Dan telah Kami turunkan kepada kamu, Kitab (al-Quran) yang didalamnya mengandungi penerangan terhdp semua perkara serta menjadi petunjuk dan rahmat dan membawa berita gembira bagi muslimin" ( An-Nahl : 89)



Al-Hadith


1.

إذا كان ثلاثة في سفر فليؤمرو اعليهم أحدهم (رواه ابو داود والطبراني عن أبي سعيد و أبي هريرة وإبن مسعود بإسناد صحيح)

Mafhum : “Apabila keluar tiga orang semasa bermusafir maka telah mesti ke atasnya melantik seorg drnya sbagi ketua” ( Riwayat Abu Daud dan At-Tabrani, dengan sanad yang shohih) [4]


2. أفضل الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر (النسائي وصححه النووي)

Mafhum : “Sebaik-baik jihad adlh perkataan yang haq dihadapan pemerintah yang zalim”


3. سيد الشهداء حمزة ثم رجل قام إلي إمام جائر فأمره ونهاه فقتله ( الحاكم وصححه الألباني)

Mafhum : “ Penghulu para syuhada; adalah Hamzah ra, kemudian lelaki yang bangun kepada pemerintah yang zalim lalu mengajaknya kepada kebenaran dan melarangnya dr kemungkaran lalu ia dibunuh kerana itu” ( Al-Hakim mentashihkan hadith ini)


4. رواه مسلم)) من مات وليس في عنقه بيعة فإن ميتته جاهلية

Mafhum : “Barangsiapa yang mati, dalam keadaan tiada padanya suatu bai’ah( iqrar janji taat kepada pemimpin Islam) maka matinya seumpama dalam keadaan Jahiliyyah” (Riwayat Muslim) [5]


5. Piagam Madinah yang mengandungi 47 fasal, meruoakan intipati sebuah perlembagaan negara. Anatar lain isinya mengandungi isu-isu politik kenegaraan, pentadbiran Rasulullah SAW terhadap Muhajirin, Ansar dan Yahudi. [6]

Athar Sahabat & para ulama mujtahidin


Berkata Saidina Umar al-Khattab : لا إسلام إلا بجماعة ولا جماعة إلا بإمارة, ولا إمارة إلا بالطاعة

Mafhum : Tiada Islam kecuali dengan Jemaah, tiada Jemaah kecuali dengan Kepimpinan, Tiada Kepimpinan kecuali dengan Ketaatan. (Lihat Mawsu’ah an-Nuzum wa al-Hadharah al-Islamiyah, Ahmad Syalabi, 2/29)

melalui dalil-dalil yang dikeluarkan tadi jelaslah Politik adalah amat penting dalam Islam...
pemerintahan yang berteraskan ajaran Al-Quran dan sunnah hanya boleh dilaksanakan oleh pemimpin yang memahami Islam, lantas pemimpin tersebut akan memastikan warga rakyatnya sentiasa pada jalan yang tetap berada pada landasan...

oleh itu...
tanggungjawab kita...
selaku Ummat Islam...
perlu sedar...
perlu laksanakan tanggungjawab...
perlu bangkit...
jangan berada ditengah-tengah...
atau menjadi orang yang tidak tahu
atau menjadi orang yang tidak mahu tahu...
kajilah...
fikirkanlah...
dimana kebenarannya...
yang mana sebenarnya...
makna sebenar politi ISLAM...
demi mencari sebuah keredhaan....
keredhaan Illahi...
bag melunakan tugas selaku khalifah Allah...
di muka bumi ini...


Wednesday, May 4, 2011

Ajaklah Dirimu Berbicara..
Posted by imtiazfisabilillah at 11:52 AM

• Ketika dirimu gelisah..., sentuhlah hatimu dgn lantunan ayat-ayat cinta dalam kitab suci Al-qur'an.

• Ketika kau lemah.. rangkum kembali makna-makna kebersamaan bersama saudara-saudaramu agar saling menguatkan.

• Ketika kau lelah dan mulai putus asa.. Maka Allah swt akan tersenyum padamu. YAKINLAH tiada usaha halal yg sia-sia.

• Bersama kesulitan ada kemudahan, jgn pernah merugikan & menyakiti org lain. ALLAH maha meliihat & dengar rintihan hatimu: BERDOALAH...

• Ketika peluh & kerja tak dihargai, maka ingatlah saat itu kita sedang belajar tentang KETULUSAN.

• Ketika usaha keras kita dinilai sia-sia oleh orang lain, maka saat itu kita sedang memaknai KEIKHLASAN.

• Ketika hati terluka dalam karena tuduhan atas hal yang tak pernah kita lakukan, maka saat itu kita sedang belajar tentang MEMAAFKAN.

• Ketika lelah mendera & kecewa menerpa, maka saat itu kita sedang belajar memaknai tentang arti KESUNGGUHAN.

• Ketika sepi menyergap & sendiri membulat dalam keramaian, maka saat itu kita sedang memberi makna tentang KETANGGUHAN.

• Ketika kita harus membayar biaya yang sebenarnya tak perlu kita tanggung, maka saat itu kita sedang belajar tentang KEMURAHHATIAN.

• Tetap semangat, sabar, tersenyum.. Dan Terus belajar..!! Karena kamu sedang menimba ilmu di Universiti KEHIDUPAN!

• Dia menaruhmu di tempat yang sekarang, bukan karena kebetulan..!! Ada maksud yg TERINDAH di setiap rencanaNya..!! Bergembiralah!


Oleh : Habib Abu Bakar Al-Habsy
i