Blogger Templates

salam mujahadah

salam mujahadah

Friday, January 28, 2011

AKU CINTA ALLAH???



sedihnya diri ini...
teringin rasanya menikmati cinta Allah..
namu sering tertewas dengan cinta manusia..
kadang terfikir,
bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta...
adakah cinta Allah pernah hadir didalam diri ini??
kenalkah kita dengan pencipta??
atau adakah sekadar bercakap???
AKU CINTA ALLAH??
adakah sekadar itu bukti cintakan Allah..
cukuplah hati, dah serik dah utk tertarik dgn cinta manusia...
dah cukup dah menganggu setiap kekhusyukan solat,
cukuplah utk menganggu ketenangan jiwa...
alangkah berdosanya aku untuk teringgat dgn seorang yang bukan muhrim,
alangkah hinanya aku meletakkan kebahagian terhadap seorang hamba,
alangkah teruknya aku mengadu masalah kepada seoarng hamba yg bukan lg muhrim ku..
mengharap sebuah pengharapan. mengharap sebuah kwfahaman kpd seorg insan..
ya Allah...kerdilnya diriKu...
berhentilah terus berharapkan cinta manusia..
pernahkah kita selama ini berfikir sebegini??
andai ya. alhamdulillah kerana dalam hati kita masih wujud perasaan mengharapkan cintanya,,,
andai kata tidak???
kembali kita merenung mungkin hati kita terlalu hitam pekatnya tidak kelihatan...

Jauhnya merenung kedalam diri..... kini mencecah umur 20 tahun, bertukar keangka baru... satu benda yg surprise dan sering tergantung walau difikir sedalam-dalamnya sekalipun tidak akan terungkai... hanya mampu termenung, berfikir dan merenung.... amalan??? ada sesiapa yg tahu nilai amalannya? belum tentu lagi kualiti... teringat berkenaan satu blog yg menyedarkan diri ini hamba yg begitu lemah.... bahawa amalan kita tidak mencukupi jika ditimbang utk melayakkan kita berada di dalam syurga Allah.. Allah berkuasa mutlak utk memasukkan kita di neraka ataupun syurga... amalan kita tidak mencukupi, namun kita dapt masuk syurga(InsyaAllah..) hanya kerana rahmatnya.... Allah, rahmat mu mengunung tinggi tp diakhirat kelak adakah kita mendapat rahmatnya?
tiada jawapan, tiada siapa yg mampu menghitung nilai amalannya... jika benar dia melakukan banyak amalan, sudah dinilai keikhlasannya??? keikhlasan yg dilihat bukan banyaknya harta yg digadaikan, ataupun sebesar mana pengorbanan kita segalanya adalah Zero tanpa keikhlasan? begitu senangkah utk menndapatkan ikhlas??? begitu susahkah utk mendapatkan Ikhlas?? ikhlaslah yg akan melahirkan usaha yg berhasil, jika tidak mendatgkan hasil tapi menghasilkan tarbiyah didalam diri seoarng insan... ikhlas adalah yg termahal didunia... adakah org ikhlas adalah mereka yg menganggap & mengaku diri mereka benar-benar ikhlas??ataukah ikhlas terletak pada dua bibir yg kononnya lahir dr hati?? dalam kita mencari ikhlas kita sekaligus berjumpa dgn 'si Riak', dlm mencari ikhlas, kita akan berlawan dgn segala nafsu yg cintakan dunia... adakah dunia didepan mata langsung tidak memneri apa-apa harapan utk kita??
dan bnyk lagi lah utk direnung berkenaan keikhlasan... kita kena selalu muhasabah diri agar kita tidak tergolong dikalangan insan-insan yg cintakan dunia, kita kena menjaga diri kita di medan ini, kita xpernah tau nasib kita selepas ini. adakah kita akan benar diatas perjuangan ISlam ataupun tidak... ...ingtlah... keikhlsan umpama semut hitam diatas batu hitam berkaca mata hitam yg kehadirannya sering dituntut didalam dri muslim.

Saturday, January 8, 2011

Melangkah keAlam SUFI....

hati seorang sufi....



Ya Allah
aku tidak membanggakan terhadap zuhud yg telah kulaksanakan seumur hidupku, aku tidak banggakan solat yang telah ku lakukan sepanjang malam. aku tidak menyombongkan puasa yang telah kulakukan selama hidupku. aku tidak menonjolkan diriku kerana telah berapa kali aku khatam al-quran. aku tidak akan mengatakan pengalaman-pengalaman ajaib yang telah kualami, doa yang ku pohonkan dan betapa rapat hubungan antara Engkau dan aku. Engkau pun mengetahui yang aku tidak menonjolkan segala sesuatu yang telah ku lakukan. itu. semua yg kukatakan ini bukanlah utk membanggakan diri atau meminta kepercayaan daripada Mu... Semua ini kukatakan kepadaMu kerana aku malu atas semua perbuatan ku itu. Engkau telah melimpahkan rahmatMu, sehingga aku dapat mengenal diriku sendiri.Semuanya tidak bererti, anggaplah tidak pernah terjadi. Aku adalah seoranh Torkoman yang berusaha tujuh puluh tahun dgn rambut yg telah memutih di dalam kejahilan. dari padang pasir aku datang sambil berseru-seru:tangri! Tangri! Baru sekarang inilah aku dapat memutuskan ikat pinggang ku ini. Baru sekarang inilah aku dapat melangkah ke dalam kehidupan Islam. Baru sekarang iilah aku dapat menggerakkan lidah untuk mengucap syahadah. Segala sesuatu yg Engkau perbuat adalah tanpa sebab. Engkau tidak menerima umat manusia kerana kepatuhan mereka dan Engkau tidak akan menolak mereka hanya dengan keingkaran mereka. segala sesuatu yg kulakukan adalah debu. Kepada setiap perbuatanku yg tidak berkenan kepadaMu aku memohon keampunan-Mu. Basuhlah debu keingkaran dari dalam diriku kerana akupun telah memadam debu kelancangan kerana mengaku telah mematuhi-Mu...
- Abu Yazid al-Bustami(seorang Ahli Sufi)-

Thursday, January 6, 2011

renungkan... tarbiyah, dakwah & taqwa...

Ana nak tanya antum. Apa hebatnya kita ini berbanding orang-orang yang tidak duduk di dalam halaqah ini?', bibir tua itu mengukir senyum. Tersirat.

'Ada sesiapa yang boleh jawab?'

Lalu seorang anak muda bangkit mahu menjawab. 'Ustaz. Pada pandangan ana, kita berbeza kerana kita ditarbiyyah'.

'Lalu, apa yang enta maksudkan dengan tarbiyyah itu?'

Terdiam sebentar anak muda itu. 'Ustaz, bagi ana, ana merasakan tarbiyyah itu seperti satu tembok yang memisahkan diri ana dengan orang-orang yang sedang sibuk bergelumang dengan duniawi'.

Semakin lebar senyum si guru tua itu. 'Jazakallah. Bagaimana dengan orang lain?'

'Ana, ustaz'. Seorang pemuda yang lain menggangkat tangan. 'Ana mahu beri pandangan. Ana rasa, kita mulia kerana kita melaksanakan dakwah kerana dakwah inilah jalan hidup para rasul dan orang-orang beriman'. Penuh semangat bicaranya. Semua mata yang berada di bilik kecil itu memandangnya dan mengangguk-angguk tanda setuju dengan bicara anak muda berkopiah coklat itu.

Guru tua itu menarik nafas, mahu menyambung bicara. Riak wajahnya masih tenang seperti tadi.

'Anak-anak ku. Apa mulianya kita ini? Antum kata kita ditarbiyyah. Antum kata kita berdakwah. Adakah ini kemuliaan yang sebanar?'

'Mengapa ustaz? Salahkah?', potong seorang pemuda.

'Yalah ustaz. Bukankah Rasulallah juga ditarbiyyah? Dan bukankah Rasulallah juga berdakwah?', lelaki yang lain pula menambah.

Guru tua itu senyum sahaja. Matanya memandang wajah bersih anak-anak muda yang berada di sekelilingnya.

'Anak-anakku. Tidak dinafikan, Rasulallah juga berdakwah dan Rasulallah juga ditarbiyyah. Tarbiyyah yang direct datang daripada Allah melalui perantaraan Jibril a.s . Rasulallah juga berdakwah, tanpa penat, jemu, lelah, dan putus asa'.

Keadaan sepi sebentar.

'Namun anak-anakku, adakah dakwah dan tarbiyyah yang kita lalui ini menjanjikan kemuliaan bagi kita disisi Allah? Tidak. Tidak. Lupakah antum akan apa yang Allah kata tentang kemuliaan? Allah sebut dalam surah al-Hujurat, bahawa sungguh! kemuliaan itu hanyalah bagi orang yang bertaqwa'.

Pemuda-pemuda di sekelilingnya mengaguk-angguk tanda faham. Antara mereka, ada yang mencatat sesuatu.

'Taqwa. Satu perkataan tapi ianya sangat besar maksudnya. Di dalam taqwa lah, wujud dakwah dan wujud juga tarbiyyah'

'Tadi, saudara kita ada berkata bahawa kita mulia kerana tarbiyyah dan dakwah. Ana terkejut juga sebenarnya. Apa kita layak mengatakan diri kita, satu produk tarbiyyah sedang kita hanya menjadi taqwa di dalam halaqah ini? Dan apa kita merasa kita layak mendapat kemuliaan dan taqwa sedang kita hanya berdakwah, dalam halaqah ini?'

Anak-anak muda itu senyap. Mereka ternanti-nanti bicara seterusnya dari guru yang sangat mereka kagumi itu.

'Anak-anakku. Apa itu taqwa sebenarnya? Taqwa itu ialah kehidupan kita, bukannya lakonan kita. Taqwa bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat kerana kewujudannya sangat seni dan halus'.

'Ana memetik kata-kata Imam Ghazali tentang akhlak. Akhlak ialah apa yang keluar dari dalam diri kita secara automatik, tanpa perlu kita fikir. Tahukah antum semua, akhlak ini adalah lambang dan bukti wujudnya taqwa?'

Mereka menggangguk.

'Dan, islam juga bukan satu sandiwara. Ia juga bukan satu aktiviti. Ia adalah cara hidup. Apa yang berlaku sekarang, ana lihat dalam banyak keadaan kita berasa diri kita ini mulia kerana kita join usrah, tabligh atau mana-mana jemaah sedangkan dalam masa yang sama, ketaqwaan kita tidak ditonjolkan'.

'Antum faham tak maksud ana?'

"Kurang faham...", hampir serentak anak-anak muda itu menjawab.

'Beginilah. Antum perlu faham bahawa taqwa itu ialah apa yang perlu ada dalam diri kita setiap saat, bukannya hanya ketika dalam halaqah atau semasa berdakwah. Tidak! Sebaliknya taqwa wajib wujud dalam diri antum setiap saat, setiap masa'.

'Antum tahu apa tuntutan taqwa?'

'Senang nak faham, taqwa memerlukan kepada penghayatan. Dan siapakah qudwah atau model insan bertaqwa? Semestinya Rasulallah. Antum lihat sirah. Lihat bagaimana Rasulallah berdakwah. Dakwahnya bermacam-macam cara. Dari sekeras-keras mata pedang, hinggalah kepada selembut-lembut roti yang disuap ke mulut wanita tua dan buta yang mencaci Baginda, dakwah tetap bergerak'.

'Ustaz, boleh cerita tentang wanita Yahudi itu? Ana kurang faham'.

'Wanita Yahudi itu sangat tua dan buta. Tapi, tersangat kuat kebenciannya kepada Rasulallah. Setiap hari, Rasulallah akan datang kepadanya untuk memberinya makan. Setiap kali itulah, wanita itu akan mengata Baginda kerana dia tidak tahu bahawa yang memberinya makan itu ialah Baginda. Baginda s.a.w sendiri menghancurkan roti di mulutnya sebelum disuap ke mulut wanita itu kerana mahu memudahkan wanita itu makan'.

'Rasulallah datang dan melaksanakan perkara yang sama hari-hari. Memberi makan, dan menerima cacian. Tiap kali itu jugalah, Baginda akan tersenyum dan diam. Amalan Baginda berterusan hingga Baginda wafat. Lalu, Saidina Abu Bakar menggantikan Rasulallah memberi makan kepada wanita itu. Tapi malang, wanita itu tahu bahawa yang memberinya makan bukan orang yang sama, tapi orang yang lain kerana layanannya tidak selembut layanan Rasulallah. Lalu, wanita itu bertanya dimana manusia yang sangat baik yang memberinya makan sebelum ini. Lalu dijawab dalam tangis rindu Saidina Abu Bakar bahawa lelaki itu ialah Rasulallah. Wanita itu masuk islam akhirnya'.

Subhanallah.

'Anak-anakku, untuk kita menegakkan islam, kita harus terlebih dahulu meleburkan takbur kita. Kita merasa kita hebat kerana kita berilmu. Tidak dinafikan, memang kita alim, banyak ilmu. Tapi apa gunanya alim kita jika diselit takabbur?'

Semua orang tunduk. Bermuhasabah diri.

'Ana berpesan sungguh-sungguh kepada diri ana, jua kepada antum semua. Jangan kita merasa diri kita hebat hingga dengan mudah, kita label orang itu sebagai 'tertutup hati' dan seumpanya. Seperkara lagi, taqwa itu bukan hanya mesti dilahirkan semasa kita liqo' dan duduk dalam halaqah, sebaliknya ia harus dizahirkan dalam setiap inci perbuatan kita'.

'Ketahuilah juga bahawa bukan amal soleh kita yang memasukkan kita kedalam syurga, sebaliknya yang memasukkan kita kedalam syurga ialah keampunan dan rahmat Allah. Amal soleh hanyalah kerana perintah Allah. Maka,jangan sesekali kita berasa amal kita ini hebat. Belum tentu'.

'Belum tentu orang yang ditarbiyyah dan berdakwah ini baik. Tapi orang yang baik, tentu akan ditarbiyyah dan berdakwah. Inilah sebenarnya yang sedang kita cuba lakukan. Moga-moga Allah terima usaha kerdil kita ini'.

Guru tua itu menghabiskan bicaranya. Kelihatan, anak-anak muda disekelilingnya seperti sedang kesedihan, mungkin kerana 'terkesan'. Maka, guru tua itu membacakan firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 77: "Dan carilah pahala akhirat dengan apa-apa yang telah Allah kurniakan kepadamu..."

***

Semoga kita semua faham, bahawa agama itu bukannya sesuatu yang sifatnya 'sekejap ada-sekejap tiada'. Agama juga bukan sesuatu yang harus dipakai dalam situasi-situasi tertentu sahaja. Dan agama juga sesuatu yang boleh dijual-jual untuk mendapatkan kemahsyuran atau sanjungan. Sebaliknya agama ialah pakain. Maka, tutuplah keaiban diri kita dengan menjadi orang beragama.

Ingat, kita bukan Tuhan yang boleh menghukum orang yang tidak mahu tarbiyyah dan tak mahu menerima dakwah. Sebaliknya, kita lihat diri kita. Sejauh mana tarbiyyah itu berjaya membentuk kita menjadi hamba.

Sesungguhnya, kita hanyalah makhluk yang asalnya setitis mani...hina..dan akan terus hina tanpa redha-Nya.

rujukan:http://khairulabdulhalim.blogspot.com/