Blogger Templates

salam mujahadah

salam mujahadah

Sunday, August 21, 2011

RENUNGKAN BERSAMA...

3 BERADIK RAPAT

Meninjau jauh menyelinap kesatu dasar, sungguh terlahir satu perasaan yang amat memeritkan, amat menakutkan juga menggerunkan, aku tetap berada di situ sambil berfikir dan terus berfikir, merenung dan terus merenung, hakikat yang aku pegang, aku takut berada dalam keadaan tersesat didalam kekilauan cahaya, aku takut dalam bersebelahan dengan jalan yang benar namun aku tidak berada di landasan kebenaran itu tetapi hanya bayang-bayang, aku takut hakikat kehidupan ini, sekejap tersedar, sekejap terjaga, sekejap bangkit, sekejap bersemangat, tidak lepas juga dengan kelalaian. nasib Allah masih sayang dan menyedarkan kehidupan ini hanya sementara, jika ketika usia begini, (awal 20-an) mungkin penuh dengan kerisauan siapa ka gerangan yang menyunting diri, atau ada sebahagian yang risau berkenaan kerjaya, tapi janganlah sampai terlupa hakikat hidup ini hanya sementara, fokus kita Cinta Allah niatkan segalanya hanya untuk mencari cintaNya…

Dalam usaha memberbaiki diri hakikatnya terlalu benyak dugaan juga cabaran yang menerjah disetiap sudut, namun ianya tidak lah terlalu besar lantaran iman yang terlalu nipis, lalu Allah datangkan ujian yang setimpal, cukup berjihad dengan hati, bergaduh dengan emosi, berperang dengan perasaan, ujian itu mungkin cukup menampakkan tahap keimanan yang ada buat masa ini, jika Allah datangkan ujian yang lebih besar takut tidak tertampung…

Sedar atau tidak sebenarnya ujian yang menimpa kita tanpa kita sedari adalah ujub, riya’ atau takbur… pernah kah terlintas dihati kita contohnya kita memberi sedekah dalam keadaan tiada siapa yang tahu, kerana tanpa orang mengerahui itu lebih baik, lantas kita bersedekah dalam keadaan itu, kemudian hati berbisik, “aku baik sebab bersedekah dengan tidak diketahui orang, (atau apa-apa pekataan yang berkaitan) jika pernah cek balik diri kita kerana ujub sedang menghampiri, jika amalan kita dihadapan manusia lain lebih tertib berbanding sendiri-sendirI ketika beramal, cek balik diri kita, kerana disitu riya’ sedang menghampiri, jika kita rasa kita lebih baik dalam melaksanakan sesuatu berbanding orang lain, contohnya dalam gerak kerja, kemudian kita memperlekehkan kebolehan orang lain…. cepat-cepat kita beristigfar kerana di situ telah hadir takbur dalam diri…

3 beradik ini cukup membuatkan kerisauan akan melanda, kelak diakhirat kita berasa kita sudah beramal, namun timbangan kita dalam membuat kebaikan adalah KOSONG… cuba bayangkan apa perasaan???? Masih mampu tersenyum???? Nauzubillah hi min zalik….. coretan ini diukir agar diRi saya juga para saudara/ saudari sekalian berhati-hati dalam menjaga hati. Kerna dari hati wujudnya niat… harap diri ini juga saudara seIslam sentiasa sedar akan hakikat sebuah kehidupan…..


Monday, August 1, 2011


Bergelar da’ei adalah tanggungjawab semua orang,…. Habis kenapa harus tunggu lagi? Soalku…

Aku bukanlah hamba Allah yang layak utk bergelar da’ei.. tunggu dulu ilmu cukup, tunggu dulu jadi orang baik… jadi siapalah yang layak jd pendakwah? Orang itu… dia yang bergelar srikandi… dia yang bergelar jundullah… itulah yg selayaknya jadi da’i… mereka telah mengaku… makanya mereka telah layak…

Tercenggang seketika… begitu ka pula kayu ukurnya??? Lupa kah kita pesan Allah dalam surah al-imran ayat 110

"kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik."

Dan satu hadith yg mafhumnya:

“sesiapa yang mengucap Lailaha Illah….maka dia adalah da’e…”

Tidak ka pernah kita menjumpai hadith ini…???

MasyaAllah…. Pendakwah… uiiiiii….. tinggi martabatnya… takut mau dekat….

Ada lg kata…. Hahaha….. itu semua kerja pendakwah… ko pendakwah la ni kan… (amboi… seolah2 mengejek lagaknya)… padahal dakwah adalah perkara mulia…

Takut kah kita dengan dakwah?

Takutkah kita digelar da’ee…??

Atau kita kata kita x takut….

Cuma segan…

Tidak pernah terlintas di hati akan menjadi da’eii…

Tapi pada hakikatnya… ianya telah tertakhlif sejak kita di alam roh lagi… sedar2 lah kita…

Hari penghisaban semakin hampir…

Adakah kita berharap dan cukup yaqin…

Hari esok masih ada untuk kita?

Perbaiki diri dalam masa yang sama ajak orang lain…

Itu prinsip yg kita pegang… insyaAllah andai kita melunaskan amanah kita…

Kelak nanti bila di soal kita mampu menjawabnya…

- Nukilan insan kerdil-