Blogger Templates

salam mujahadah

salam mujahadah

Sunday, August 15, 2010

Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
(surah Muhammad ayat 7)
usah ragu-ragu lagi wahai teman, Allahu ma'ana...

Wednesday, August 4, 2010

"Bila jalan dakwah merupakan jalan yang terbaik sekali untuk mencapai matlamat teragung, maka beriltizam melalui perjalanan tersebut adalah merupakan kemuncak bagi seseorang al-akhul Muslim.Ia bukanlah perkara kecil baginya. Ia mesti berkeyakinan penuh, serta sentiasa percaya dengan sesungguhnya bahawa arah yang dituju adalah selamat dan ia berada di atas jalan yang betul bagi menunaikan kewajipan dan tuntutan Islam. Ini bertujuan agar ia dapat bekerja, bergerak dan berjihad serta menghasilkan sesuatu dibidang dakwah dengan penuh kemampuan. Orang yang menjalani dakwah semakin memerlukan keyakinan dan tetap pendirian. Bila ia tahu syaitan tidak pernah kecewa menahannya di perjalanan itu bagi cuba memalingkannya. Sebenarnya syaitan sudah pun bersumpah untuk melakukan tugas itu."
(Syeikh Mustafa Masyur- mursyidul 'Am Ikhwanul Al-Muslimun ke-5)