Blogger Templates

salam mujahadah

salam mujahadah

Thursday, December 1, 2011

RENUNGAN BERSAMA….

“bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam, jangan sesekali berniat untuk meloloskan diri. Sekali melangkah ke hadapan maka teruskan langkah itu. Jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan rabirah perjuangan. Walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan , nescaya kemenangan pasti tiba. Derita kita adalah penderitaan ummat terdahulu, penat kita hari ini adalah untuk generasi akan datang.. perjuanagn harus diteruskan beramal kerana Allah….

HAMKA” –

Syukran sahabat atas kalimat berharga ini…

Di saat aku merasa lemah…

Kau hadiahkan aku kata-kata tarbiyah ya Allah..

Di saat hati rasa hampa…

Kau pujuk aku dengan ayat-ayat al-Quran ya Allah….

Di saat aku rasa kecewa…

Kau memberi aku kekuatan untuk bangkit dari kecewa itu ya Allah….

Masih lagi kah aku menafikan segala kebaikanmu..

Walau dosaku menggunung tinggi

Kau makbulkan juga doaku..

Kau masih lagi memberi perhatianmu padaku…

Masih lagikah aku merungut atas ketentuanmu ya Allah…

Kau sentiasa membangunkan ku di waktu malam…

Masih lagikah aku tidak menghargainya ya Allah…

Ya Allah… teruslah bersama denganku….

Aku teramat memerlukanmu…

Bantu aku mengapai CintaMu…

Buat yang ku sayangi...


KUINGIN KAU TAHU…

Mereka yang Ku sayangi….

Ingin sekali aku kau mengerti…

Bahawa aku sangat sayang padamu…

Bukan niatku untuk melukakan…

Bukan niatku untuk mengecewakan…

Malah jauh sekali untuk melawan,

apatah lagi untuk menderhaka…

Aku menegrti nilai kasih sayangmu…

Sungguh aku amat menghargainya…

Namun mereka yang kusayangi…

Fahamilah aku…

Akau pergi atas tuntutan agama…

Aku pergi atas dasar Cinta yang pertama…

Asas cinta kita semua…

Perjalananku bukan sia-sia…

Aku pergi keranaNya…

Juga sumbanganku untukmu di sana nanti….

Aku tahu engkau tidak mengerti perihal ini…

Namun aku tidak mampu memberi hidayah…

Harapanku agar ini mampu membawamu kesyurga…

Aku tahu…

Sukar untukku memahamkan padamu..

Diamku bukan bereerti apa yang kau ungkapkan keseluruhannya adalah benar…

Jawabku bukan bermaksud aku berdiri atas dasar ego…

Maafkan aku andai itu yang bermain dibenak fikiranmu…

Andai ku kata ini perjuangan.

Kau katakan diriku terlampau dalam agama.

Segalanya kacau dalam fikiran,

Berbekalkan sebuah kesabaran dariNya aku hanya mampu berdiam…

Maafkan aku…

Bukan aku tidak mendengar katamu…

Namun aku keras untuk tetap pergi jua…

Maafkan aku…

Aku amat sayang padamu…

Mengertilah aku…

Hakikatnya sokonganmu amat ku harapkan…

Mungkin bukan sekarang kefahaman itu tiba,

Namun ku harapkan ianya satu hari engkau akan faham…

Coretan ini tidak mampu untuk aku luahkan dengan kata-kata,

Hanya mampu dicoretkan disini….

Bukan untuk mendatangkan keriakan didalam jiwa….

Namun aku tidak mampu menahan ianya di dalam hati…

Cuma nasihatku pada yang lain…

Bersyukurlah…

Andai mereka yang kau sayangi adalah mereka yang teramat mengerti…

Gunakanlah peluang yang ada sebaiknya…

Teruslah tetap mengibarkan panjinya

Agar Islam terus tertegak di muka bumi….

Doakan ana thabat di jalan ini…

Kerana tiada yang dapat menolongku nanti….

Melainkan berada dalam landasan ini….

Friday, November 11, 2011

ISLAMIC SUMMER CAMP KOTA BELUD TAHUN 2011 KEMBALI LAGI…

ISLAMIC SUMMER CAMP KOTA BELUD TAHUN 2011 KEMBALI LAGI…
“Remaja Cinta DAKWAH,
Penentu Tamadun UMMAH”

 Bakal diadakan pada 23 dis-25 dis 2011

 Anjuran Persatuan Siswazah Sabah & Kelab Remaja Ukhuwwah
 Oleh itu, kami amat memerlukan bantuan kewangan dari semua untuk melancarkan program ini…
 Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Persatuan Siswazah Sabah (Kota Belud)
 22-101-118487-4 (Bank Rakyat).
 Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
 Sdr. Iqbal fikri anafiah : 013-5406860 / 016-8221801
(Pengerusi PSSKB)
BANTUAN DARIPADA KALIAN DIDAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.


TABUNGAN AKHIRAT ANDA BAGAIMANA ??



Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.
(Surah Al Baqarah: Ayat 245)

Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang
yang Zalim.
(Surah Al Baqarah: Ayat 254)


Jum sama-sama menginfaq


ISTIKHARAH CINTA…



Bersaksi cinta diatas cinta

Dalam alunan tasbih ku ini

Menerka hati yang tersembunyi

Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu

Tertulis dalam sajadah cinta



Tetapkan pilihan sebagai teman

Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku

Memohon petunjukmu

satu nama teman setia

Naluriku berkata


Dipenantian luahan rasa

Teguh satu pilihan

Pemenuh separuh nafasku

Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..


SubhanaAllah, bestnya… asyiknya lagu… terbuai-buai rasa, terlayang-layang fikiran, entah terbang ke mana, bak ditiup angin ke mana-mana, terbayang isthikarah ditengah malam, yang memendam rasa terbayang wajah si “dia” yang diharap-harapkan… sang yang telah bertunang, terbayang-bayang tunang yang tidak di depan mata, yang single mingle… mulalah terfikir-fikir siapakah gerangan si kumbang / bunga yang bakal menyunting diri, tidak sabar-sabar rasanya untuk menemui dirinya dan membuat istikharah jodoh…

Sedarkah kita wahai ikhwan dan akhowat sekalian, Dalam kita mendengar lagu-lagu nasyid, Pernah kah kita terfikir pasal semua ini???

Cukupkah dalam lagu tersebut hanya menyebut nama Allah secara automatic adalah lagu yang tidak melalaikan?

Kenapa, Salahkah kita mendengar lagu yang sebegitu?? Cukup sekadar berhibur….

Jawapannya kita fikirkan sendiri…

terlalai yang macamana???

Adakah lagu tersebut tidak menyentuh hati saudara/i untuk berfikir berkenaan seseorang??

andai tidak, tidak mengapa tetapi andai terlalai...

Lalai yang macamana ?

macam yang ana katakan diatas tadi…bukan maksud ana lagu diatas salah tapi semua lagu yang serupa. liriknya yang boleh menyebabkan kita berasa asyik sehingga terbawa-bawa emosi menginggatkan kita kepada seseorang yang belum menjadi halal buat kita, sehingga terdorong untuk kita mencari pasangan dalam masa yang belum sesuai

khususnya buat pelajar-pelajar sekolah menenggah. Paling teruk lagi mengakibatkan keinginan untuk ber”kapel” melonjak-lonjak. Khususnya buat para aktivis dakwah… Tidakkah lagu tersebut boleh melupakan kita tentang asyiknya mencari cinta Sang Pencipta… cuba kita dengar lagu ini pula…

Satu Cinta starfive

Ku memohon dalam sujud ku pada MU

Ampunkan lah segala dosa dalam diri

Ku percaya engkau bisa meneguhkan

Pendirian ku keimanan ku

Engkau satu cinta yang slamanya aku cari

Tiada waktu ku tinggalkan demi cinta ku kepada mu

Walau seribu rintangan kan menghadang dalam diri

Ku teguhkan hati ini hanya pada Mu

Ku pasrahkan

Oh tuhan selamatkanlah hamba ini

Dari segala fatamorgana dunia

Oh tuhan jauhkanlah hamba ini

Dari hidup yang sia-sia

Engkau satu cinta yang selamanya aku cari

Tiada waktu ku tinggalkan demi cinta ku kepada mu

Walau seribu rintangan kan menghadang dalam diri

Ku teguhkan hati ini hanya pada Mu

Ku pasrahkan.


Pasti ada kelainan rasa bukan??

Sahabat-sahabat sekalian, alangkah eloknya andai kita berhibur dengan lagu-lagu yang boleh mendekatkan kita mencari cinta ALLah… mendorong kita untuk bermuhasabah diri… atau lagu-lagu yang memberi kita semangat untuk berjuang berbanding lagu-lagu yang membawa kita mencari cinta adam/hawa yang tidak kekal…

Fikir-fikirkanlah…( sekadar pendapat peribadi)

Tuesday, October 18, 2011

Salam Istiqamah…

Termenung dan bersendiri,

Mencari ruang untuk mencari ketenangan,

Setelah bercelaru dengan isu keduniaan,

Bertapuk dibawah kesibukan,

Disamping sebenanrnya amanah masih terpikul dibahu,

Renung dan terus merenung,

Lantas kerisauan melanda,

Duhai amanah,

Aku jadi risau,

Melihat persekitaran,

Aku tambah panik.

Cukup kah sudah diri ini bergelar pejuang???

Amanah yang dipegang bukan mainan,

Bukan sekadar menjaga ikan diikolam,

Hanya menaburkan sedikit baja,

Lantas pastikan ianya hidup.

Amanah yang ada,

Bukan seperti mengusir lalal pada nasi,

Malah lebih dari itu.

Amanah Islam yang dibawa,

Semua sudut perlu dijaga,

Sama ada diri, mahupun orang lain,

ISLAM,

Satu perkataan yang cukup indah,

Suci, bersih lagi sejahtera,

Aman bersama dengannya,

Begitulah diri kita jika ingin menjadi penjaganya,

Segalanya bergantung dengan kebersihan hati,

Ketinggian iman,

Juga ketaqwaan,

Hubungan dengan Tuhan,

Adalah yang utama,

Namun,

jangan sesekali kita berfikir kita tidak layak memikulnya,

lantas lari dari landasan memperjuangkannya,

ingatlah,

jalan dakwah inilah,

cara mudah kita menempah tiketnya disyurga,

jangan sesekali kita berfikir,

kitalah yang diharapkan oleh Islam,

kalau tiadanya kita,

semua gerak dakwah terganggu,

tapi fikirlah,

kita perlukan Islam,

lantas perlu untuk memperjuangkannya,

demi mencari keredhaannya,

sedarlah diri kita ini hina,

Allah tidak memerlukan kita,

Tetapi kitalah yang memerlukan Allah,

Tetaplah thabat dijalan perjuangan,

Walau rebut datang melanda,

Walau bah menghanyutkan,

Yakinlah,

Allah sedang melatih kita,

Menjadi hambanya yang bertaqwa…

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizbkTVxNQPbjsYcTzTW4sNzqBCSvYlJ98F9u9-a20bbO3_FxESrvfT0XR0g4X1CrlGqPTJ8sZI6ZRjFq1gV22pLJSfJZAmilSpMS-PQto16jAM44Q6AOA2IFi_tQeyJGBZ1vJrS3pkQPz8/s400/mujahidah_impianku.jpg

Sunday, August 21, 2011

RENUNGKAN BERSAMA...

3 BERADIK RAPAT

Meninjau jauh menyelinap kesatu dasar, sungguh terlahir satu perasaan yang amat memeritkan, amat menakutkan juga menggerunkan, aku tetap berada di situ sambil berfikir dan terus berfikir, merenung dan terus merenung, hakikat yang aku pegang, aku takut berada dalam keadaan tersesat didalam kekilauan cahaya, aku takut dalam bersebelahan dengan jalan yang benar namun aku tidak berada di landasan kebenaran itu tetapi hanya bayang-bayang, aku takut hakikat kehidupan ini, sekejap tersedar, sekejap terjaga, sekejap bangkit, sekejap bersemangat, tidak lepas juga dengan kelalaian. nasib Allah masih sayang dan menyedarkan kehidupan ini hanya sementara, jika ketika usia begini, (awal 20-an) mungkin penuh dengan kerisauan siapa ka gerangan yang menyunting diri, atau ada sebahagian yang risau berkenaan kerjaya, tapi janganlah sampai terlupa hakikat hidup ini hanya sementara, fokus kita Cinta Allah niatkan segalanya hanya untuk mencari cintaNya…

Dalam usaha memberbaiki diri hakikatnya terlalu benyak dugaan juga cabaran yang menerjah disetiap sudut, namun ianya tidak lah terlalu besar lantaran iman yang terlalu nipis, lalu Allah datangkan ujian yang setimpal, cukup berjihad dengan hati, bergaduh dengan emosi, berperang dengan perasaan, ujian itu mungkin cukup menampakkan tahap keimanan yang ada buat masa ini, jika Allah datangkan ujian yang lebih besar takut tidak tertampung…

Sedar atau tidak sebenarnya ujian yang menimpa kita tanpa kita sedari adalah ujub, riya’ atau takbur… pernah kah terlintas dihati kita contohnya kita memberi sedekah dalam keadaan tiada siapa yang tahu, kerana tanpa orang mengerahui itu lebih baik, lantas kita bersedekah dalam keadaan itu, kemudian hati berbisik, “aku baik sebab bersedekah dengan tidak diketahui orang, (atau apa-apa pekataan yang berkaitan) jika pernah cek balik diri kita kerana ujub sedang menghampiri, jika amalan kita dihadapan manusia lain lebih tertib berbanding sendiri-sendirI ketika beramal, cek balik diri kita, kerana disitu riya’ sedang menghampiri, jika kita rasa kita lebih baik dalam melaksanakan sesuatu berbanding orang lain, contohnya dalam gerak kerja, kemudian kita memperlekehkan kebolehan orang lain…. cepat-cepat kita beristigfar kerana di situ telah hadir takbur dalam diri…

3 beradik ini cukup membuatkan kerisauan akan melanda, kelak diakhirat kita berasa kita sudah beramal, namun timbangan kita dalam membuat kebaikan adalah KOSONG… cuba bayangkan apa perasaan???? Masih mampu tersenyum???? Nauzubillah hi min zalik….. coretan ini diukir agar diRi saya juga para saudara/ saudari sekalian berhati-hati dalam menjaga hati. Kerna dari hati wujudnya niat… harap diri ini juga saudara seIslam sentiasa sedar akan hakikat sebuah kehidupan…..


Monday, August 1, 2011


Bergelar da’ei adalah tanggungjawab semua orang,…. Habis kenapa harus tunggu lagi? Soalku…

Aku bukanlah hamba Allah yang layak utk bergelar da’ei.. tunggu dulu ilmu cukup, tunggu dulu jadi orang baik… jadi siapalah yang layak jd pendakwah? Orang itu… dia yang bergelar srikandi… dia yang bergelar jundullah… itulah yg selayaknya jadi da’i… mereka telah mengaku… makanya mereka telah layak…

Tercenggang seketika… begitu ka pula kayu ukurnya??? Lupa kah kita pesan Allah dalam surah al-imran ayat 110

"kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik."

Dan satu hadith yg mafhumnya:

“sesiapa yang mengucap Lailaha Illah….maka dia adalah da’e…”

Tidak ka pernah kita menjumpai hadith ini…???

MasyaAllah…. Pendakwah… uiiiiii….. tinggi martabatnya… takut mau dekat….

Ada lg kata…. Hahaha….. itu semua kerja pendakwah… ko pendakwah la ni kan… (amboi… seolah2 mengejek lagaknya)… padahal dakwah adalah perkara mulia…

Takut kah kita dengan dakwah?

Takutkah kita digelar da’ee…??

Atau kita kata kita x takut….

Cuma segan…

Tidak pernah terlintas di hati akan menjadi da’eii…

Tapi pada hakikatnya… ianya telah tertakhlif sejak kita di alam roh lagi… sedar2 lah kita…

Hari penghisaban semakin hampir…

Adakah kita berharap dan cukup yaqin…

Hari esok masih ada untuk kita?

Perbaiki diri dalam masa yang sama ajak orang lain…

Itu prinsip yg kita pegang… insyaAllah andai kita melunaskan amanah kita…

Kelak nanti bila di soal kita mampu menjawabnya…

- Nukilan insan kerdil-