"dan DIA telah memberikan kepadamu segala apa yang telah kamu mohonkan kepadaNya. dan jika kamu menghitung nikmat Allah. nescaya kamu tidak mampu menghitungnya, sungguh manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)". Ibrahim:34
tertampar dan Istigfar panjang bila terbaca satu ayat al-Quran,
mari kita berfikir...
1. berapa banyak doa yang Allah makbulkan, berbanding doa yang tidak dimakbulkan??
2. berapa banyak kegembiraan yang Allah berikan, padahal kita tidak minta
3. berapa banyak pertolongan Allah disaat kita mengharapkannya?Allah datang memberi bantuan?
4. berapa banyak pertolongan Allag yang kita tidak meminta tetapi datang dgn sendirinya?
5. berapa banyak yang telah kita syukuri, dan berapa banyak yang kita ingkari...
sentiasalah berfikiran positif, Allah mengetahui apa yang kita tidak ketahui, bersyukurlah Allah masih ada disebalik tabir kehidupan kita... mengatur dan menyusunnya dengan cantik.
Luv Allah is everything...
Sunday, June 24, 2012
Posted by ilamujahidah blogspot at 10:02 AM 0 comments
Saturday, February 25, 2012
Apalah salahku Allah menduga aku sebegini.. kata-kata yang orang yang berasa kecewa.
Terlupakah?:
“maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?
Satu ayat yang cukup menyentak dan menyentuh hati… ayat ini berulang-ulang dijelaskan di dalam surah ar-rahman… kita sebagai manusia sering kali bersedih dan kecewa apabila sesuatu yang kita ingini tidak tercapai… tapi kita kadang-kadang dan selalu tidak memandang nikmat-nikmat yang telah Allah berikan… Contohnya,.. pernah kah kita berasa tersangat bersyukur dengan nikmat mata, tangan, anggota badan yang Allah berikan? Pernahkah kita terasa teramat bersyukur dengan oksigen, air dan tanah yang telah diberikan? Benda yang selalu kita lihat, dan kita tidak pernah rasa akan kehilangannya, sudah pasti kita pandang ianya satu benda yang biasa padahal ianya satu nikmat yang terlalu berharga.
Kita tidak memikirkan hikmah atas kekecewaan atau kesedihan tersebut… kita terus-terusan bersedih tanpa mengubat hati… berfikirlah tentang kebaikan Allah… kasih sayangnya, nikmatnya… mungkin apa yg tidak kita perolehi itu merupakan kebaikan yang maximum yang Allah berikan…
Baiknya Allah dalam bait katanya dia memujuk kita…
“jangan berdukacita, dan jangan bersedih sesungguhnya kamu orang yang beruntung, kalau kamu mengetahui, selain dari itu Allah juga berkata… janganlah kamu berputus asa dari rahmatku…
Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kita, mentarbiyah kita dan berada dekat dengan kita… selalulah bersyukur dan berfikir akan hikmah yang Allah cuba berikan
Kesimpulannya , Andai ditimpa sesuatu yang kita x ingini, redha dan bersabarlah kerana Allah sedang membawa kita kemartabat yang tinggi disisinya…. Yakinlah Allah menyayangi kita J.
Posted by ilamujahidah blogspot at 6:14 PM 0 comments
Friday, January 13, 2012
YANG ABADI
Posted by ilamujahidah blogspot at 1:21 AM 0 comments
Sunday, December 25, 2011
Aku Jatuh Cinta....

Indahnya cinta yang pahit merasa manis, sesuatu yang tidak mampu boleh menjadi mampu. Sehingga ada yang mengatakan lautan api sanggup ku renangi, gunung tinggi sanggup ku daki… kerana ingin membuktikan cinta, ada yang sanggup dibelah dadah…“belahlah dadahku kalau ingin tahu siapa dihatiku”
“cinta itu boleh diibaratkan bagai makan sambal belacan…
walau pedas hingga mengalir air mata masih mahu dimakan jua… “
begitulah kehebatan dan KUASA CINTA..
cinta juga memerlukan pengorbanan, seperti yang kita semua tahu... ada yang sanggup melupakan ibubapa kerana Cinta, ada yang sanggup tinggalkan maruah juga kerana Cinta… bukan sahaja itu, malah ada yang sanggup tinggalkan agama kerana cinta… adakah cinta yang buta… atau pun kita yang buta…
Agak-agaknya yang mana???
Cinta yang ingin dikupas disini adalah Cinta akan jalan dakwah tersebut… diatas merupakan bahagian-bahagian cinta dakwah… cinta di jalan dakwah perlu dan teramat perlu… dakwah merupakan satu jalan para nabi dan rasul yang teramat berat… tanpa rasa cinta kita akan mudah berpaling.. jadilah kita orang yang curang dalam dakwah..

Imam Hassan Al-Banna sanggup melakukan apa sahaja demi cintanya terhadap dakwah.. walaupun diugut dengan bermacam-macam ugutan… akhirnya imam Hassan Al-Banna syahid dibunuh… walaupun begitu risikonya… kalau ikutkan akal yang logic, selepas Imam Hassan Al-Banna dibunuh.. ditembak dengan kejam… sehinggakan tidak dibenarkan sesiapa pun doktor merawat imam Hassan Al-Banna, diawasi jangan ada sesiapapun yang datang hadir mengurus jenazah imam Hassan Al-Banna melainkan keluarganya sendiri.. namun masih ada lagi penerus perjuangan ikhwanul Muslimin… tidakkah pengganti-pengganti tersebut, risau risiko yang akan dihadapi?? Pasti mereka juga akan menerima nasib yang sama… namun kerana CINTA… lautan darah sanggup di redahi… bom apache sanggup dihadapi.. akhirnya nasib seorang pimpinan HAMAS Syeikh Ahmad Yassin… di bom sehingga terpisah-pisah anggota badannya… syahidnya seorang pejuang… sama nasib dengan Dr. Rantisi... walaupun begitu.. perjuangan tetap disambung sehingga sekarang… itulah rasa Cinta yang tidak mengenal rasa sakit..
Bagi sisi orang yang tidak memahami… ianyasesuatu yang melampau-lampau…
Cinta dakwah….
Perit rasa dan payah…
Itu cabaran dan ujian semata….
Demi misi tercapai dengan jaya…
Cinta dakwah…
Samalah dengan cinta manusia…
Sanggup gadai segala-gala…
Korban maruah dan harta…
Demi yang dicintainya…
Namun bezanya…
Cinta dakwah sesuatu yang murni…
Tergadai segalanya ganjaran diperolehi…
Namun cinta buta terhadap manusia…
hilang segalanya terazab di sana..
Tiada istilah cinta buta pada konteks cinta manusia
melainkan butanya kita kerana cinta.
Namun cinta dakwah… kita perlu buta deminya…
Butakan dunia…
Sehingga perlu tulikan telingga…
membuta tuli demi cinta dakwah…
cinta akan meminta segalanya darimu... termasuk nyawa...
sediakah kita untuk bercinta???
disana ada rahmat Allah....
Jum kita cari dan semai semangat cinta dakwah… sehingga kita sanggup mengatakan andai pendakwah dikatakan gila, kitalah orang gila itu..
andai pendakwah dikatakan penjenayah.. kitalah penjenayah itu...
doakan ana dan antum semua semoga thabat dan selamt dari keciciran… nauzubillah…
Posted by ilamujahidah blogspot at 7:31 PM 0 comments
Thursday, December 15, 2011
wall status:
Posted by ilamujahidah blogspot at 5:43 PM 0 comments
Thursday, December 1, 2011
RENUNGAN BERSAMA….
“bila mana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam, jangan sesekali berniat untuk meloloskan diri. Sekali melangkah ke hadapan maka teruskan langkah itu. Jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan rabirah perjuangan. Walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan , nescaya kemenangan pasti tiba. Derita kita adalah penderitaan ummat terdahulu, penat kita hari ini adalah untuk generasi akan datang.. perjuanagn harus diteruskan beramal kerana Allah….
HAMKA” –
Syukran sahabat atas kalimat berharga ini…
Di saat aku merasa lemah…
Kau hadiahkan aku kata-kata tarbiyah ya Allah..
Di saat hati rasa hampa…
Kau pujuk aku dengan ayat-ayat al-Quran ya Allah….
Di saat aku rasa kecewa…
Kau memberi aku kekuatan untuk bangkit dari kecewa itu ya Allah….
Masih lagi kah aku menafikan segala kebaikanmu..
Walau dosaku menggunung tinggi
Kau makbulkan juga doaku..
Kau masih lagi memberi perhatianmu padaku…
Masih lagikah aku merungut atas ketentuanmu ya Allah…
Kau sentiasa membangunkan ku di waktu malam…
Masih lagikah aku tidak menghargainya ya Allah…
Ya Allah… teruslah bersama denganku….
Aku teramat memerlukanmu…
Bantu aku mengapai CintaMu…
Posted by ilamujahidah blogspot at 5:11 PM 0 comments
Buat yang ku sayangi...
Mereka yang Ku sayangi….
Ingin sekali aku kau mengerti…
Bahawa aku sangat sayang padamu…
Bukan niatku untuk melukakan…
Bukan niatku untuk mengecewakan…
Malah jauh sekali untuk melawan,
apatah lagi untuk menderhaka…
Aku menegrti nilai kasih sayangmu…
Sungguh aku amat menghargainya…
Namun mereka yang kusayangi…
Fahamilah aku…
Akau pergi atas tuntutan agama…
Aku pergi atas dasar Cinta yang pertama…
Asas cinta kita semua…
Perjalananku bukan sia-sia…
Aku pergi keranaNya…
Juga sumbanganku untukmu di sana nanti….
Aku tahu engkau tidak mengerti perihal ini…
Namun aku tidak mampu memberi hidayah…
Harapanku agar ini mampu membawamu kesyurga…
Aku tahu…
Sukar untukku memahamkan padamu..
Diamku bukan bereerti apa yang kau ungkapkan keseluruhannya adalah benar…
Jawabku bukan bermaksud aku berdiri atas dasar ego…
Maafkan aku andai itu yang bermain dibenak fikiranmu…
Andai ku kata ini perjuangan.
Kau katakan diriku terlampau dalam agama.
Segalanya kacau dalam fikiran,
Berbekalkan sebuah kesabaran dariNya aku hanya mampu berdiam…
Maafkan aku…
Bukan aku tidak mendengar katamu…
Namun aku keras untuk tetap pergi jua…
Maafkan aku…
Aku amat sayang padamu…
Mengertilah aku…
Hakikatnya sokonganmu amat ku harapkan…
Mungkin bukan sekarang kefahaman itu tiba,
Namun ku harapkan ianya satu hari engkau akan faham…
Coretan ini tidak mampu untuk aku luahkan dengan kata-kata,
Hanya mampu dicoretkan disini….
Bukan untuk mendatangkan keriakan didalam jiwa….
Namun aku tidak mampu menahan ianya di dalam hati…
Cuma nasihatku pada yang lain…
Bersyukurlah…
Andai mereka yang kau sayangi adalah mereka yang teramat mengerti…
Gunakanlah peluang yang ada sebaiknya…
Teruslah tetap mengibarkan panjinya
Agar Islam terus tertegak di muka bumi….
Doakan ana thabat di jalan ini…
Kerana tiada yang dapat menolongku nanti….
Melainkan berada dalam landasan ini….
Posted by ilamujahidah blogspot at 4:42 PM 0 comments

