Blogger Templates

salam mujahadah

salam mujahadah

Sunday, December 25, 2011

Aku Jatuh Cinta....





AKU JATUH CINTA...

Indahnya cinta yang pahit merasa manis, sesuatu yang tidak mampu boleh menjadi mampu. Sehingga ada yang mengatakan lautan api sanggup ku renangi, gunung tinggi sanggup ku daki… kerana ingin membuktikan cinta, ada yang sanggup dibelah dadah…“belahlah dadahku kalau ingin tahu siapa dihatiku”

“cinta itu boleh diibaratkan bagai makan sambal belacan…

walau pedas hingga mengalir air mata masih mahu dimakan jua… “

begitulah kehebatan dan KUASA CINTA..

cinta juga memerlukan pengorbanan, seperti yang kita semua tahu... ada yang sanggup melupakan ibubapa kerana Cinta, ada yang sanggup tinggalkan maruah juga kerana Cinta… bukan sahaja itu, malah ada yang sanggup tinggalkan agama kerana cinta… adakah cinta yang buta… atau pun kita yang buta…

Cinta… ooo… Cinta… ooo…. Cinta… Cinta kepada….

Saya ingin jatuh cinta..
tapi masih belum lagi berjaya...
kenapa saya katakan belum berjaya... masih dalam usaha...
kerana masih banyak lagi yg dilakukan belum ke tahap pembuktian cinta yang sejati...
sabar dulu...
bukan dimaksudkan cinta seseorang...
tetapi CINTA kepada “DAKWAH”
Pelikkan… cinta dengan dakwah???
Berdakwah pun perlu cinta kah??
Mungkin ada yang berfikir cinta dengan orang yang didakwahkan.. mungkin juga cinta dengan sahabat-sahabat dakwah… atau mungkin juga cinta dengan pendakwah yang ada dalam dakwah??

Agak-agaknya yang mana???

Cinta yang ingin dikupas disini adalah Cinta akan jalan dakwah tersebut… diatas merupakan bahagian-bahagian cinta dakwah… cinta di jalan dakwah perlu dan teramat perlu… dakwah merupakan satu jalan para nabi dan rasul yang teramat berat… tanpa rasa cinta kita akan mudah berpaling.. jadilah kita orang yang curang dalam dakwah..

Cinta dakwah unik, tiada tandingan… bila cinta dengan dakwah… semua dan segalanya sanggup dilakukan… Rasulullah ketua mujahid dan para pendakwah sanggup meninggalkan segalanya demi dakwah… para sahabat menggadaikan harta demi dakwah. Demi cinta. Saidina Abu Bakar… dalam satu peperangan menginfakkan seluruh hartanya.. lalu Rasulullah bertanya apa yang tinggal dengan anak dan isterimu? Saidina Abu Bakar menjawab saya Tinggalkan Allah dan Rasul.. subhanaAllah teramat hebat…

Imam Hassan Al-Banna sanggup melakukan apa sahaja demi cintanya terhadap dakwah.. walaupun diugut dengan bermacam-macam ugutan… akhirnya imam Hassan Al-Banna syahid dibunuh… walaupun begitu risikonya… kalau ikutkan akal yang logic, selepas Imam Hassan Al-Banna dibunuh.. ditembak dengan kejam… sehinggakan tidak dibenarkan sesiapa pun doktor merawat imam Hassan Al-Banna, diawasi jangan ada sesiapapun yang datang hadir mengurus jenazah imam Hassan Al-Banna melainkan keluarganya sendiri.. namun masih ada lagi penerus perjuangan ikhwanul Muslimin… tidakkah pengganti-pengganti tersebut, risau risiko yang akan dihadapi?? Pasti mereka juga akan menerima nasib yang sama… namun kerana CINTA… lautan darah sanggup di redahi… bom apache sanggup dihadapi.. akhirnya nasib seorang pimpinan HAMAS Syeikh Ahmad Yassin… di bom sehingga terpisah-pisah anggota badannya… syahidnya seorang pejuang… sama nasib dengan Dr. Rantisi... walaupun begitu.. perjuangan tetap disambung sehingga sekarang… itulah rasa Cinta yang tidak mengenal rasa sakit..

Bagi sisi orang yang tidak memahami… ianyasesuatu yang melampau-lampau…

Cinta dakwah….

Perit rasa dan payah…

Itu cabaran dan ujian semata….

Demi misi tercapai dengan jaya…

Cinta dakwah…

Samalah dengan cinta manusia…

Sanggup gadai segala-gala…

Korban maruah dan harta…

Demi yang dicintainya…

Namun bezanya…

Cinta dakwah sesuatu yang murni…

Tergadai segalanya ganjaran diperolehi…

Namun cinta buta terhadap manusia…

hilang segalanya terazab di sana..

Tiada istilah cinta buta pada konteks cinta manusia

melainkan butanya kita kerana cinta.

Namun cinta dakwah… kita perlu buta deminya…

Butakan dunia…

Sehingga perlu tulikan telingga…

membuta tuli demi cinta dakwah…


Pasti dan pasti orang akan mengatakan kita gila jika kita berada dijalan dakwah ini… apa tidaknya… duit habis tidak dapat apa-apa, sanggup berulang alik ketempat dakwah memenatkan diri demi dakwah… sanggup tidak tidur kerana dakwah… tinggalkan anak isteri demi dakwah… sanggup terseksa merana demi dakwah… dikatakan sesat.. dikatakan terlebih dalam agama… tetapi terus dan tetap melangkah… dicaci dan dihina, diseksa dan dibunuh.. ianya dianggap luimrah… memang gila.. gilakan cinta.. cinta dakwah… tetapi itulah hakikat CINTA…

cinta akan meminta segalanya darimu... termasuk nyawa...

sediakah kita untuk bercinta???

disana ada rahmat Allah....


Jum kita cari dan semai semangat cinta dakwah… sehingga kita sanggup mengatakan andai pendakwah dikatakan gila, kitalah orang gila itu..

andai pendakwah dikatakan penjenayah.. kitalah penjenayah itu...

doakan ana dan antum semua semoga thabat dan selamt dari keciciran… nauzubillah…


0 comments: