Blogger Templates

salam mujahadah

salam mujahadah

Sunday, August 21, 2011

RENUNGKAN BERSAMA...

3 BERADIK RAPAT

Meninjau jauh menyelinap kesatu dasar, sungguh terlahir satu perasaan yang amat memeritkan, amat menakutkan juga menggerunkan, aku tetap berada di situ sambil berfikir dan terus berfikir, merenung dan terus merenung, hakikat yang aku pegang, aku takut berada dalam keadaan tersesat didalam kekilauan cahaya, aku takut dalam bersebelahan dengan jalan yang benar namun aku tidak berada di landasan kebenaran itu tetapi hanya bayang-bayang, aku takut hakikat kehidupan ini, sekejap tersedar, sekejap terjaga, sekejap bangkit, sekejap bersemangat, tidak lepas juga dengan kelalaian. nasib Allah masih sayang dan menyedarkan kehidupan ini hanya sementara, jika ketika usia begini, (awal 20-an) mungkin penuh dengan kerisauan siapa ka gerangan yang menyunting diri, atau ada sebahagian yang risau berkenaan kerjaya, tapi janganlah sampai terlupa hakikat hidup ini hanya sementara, fokus kita Cinta Allah niatkan segalanya hanya untuk mencari cintaNya…

Dalam usaha memberbaiki diri hakikatnya terlalu benyak dugaan juga cabaran yang menerjah disetiap sudut, namun ianya tidak lah terlalu besar lantaran iman yang terlalu nipis, lalu Allah datangkan ujian yang setimpal, cukup berjihad dengan hati, bergaduh dengan emosi, berperang dengan perasaan, ujian itu mungkin cukup menampakkan tahap keimanan yang ada buat masa ini, jika Allah datangkan ujian yang lebih besar takut tidak tertampung…

Sedar atau tidak sebenarnya ujian yang menimpa kita tanpa kita sedari adalah ujub, riya’ atau takbur… pernah kah terlintas dihati kita contohnya kita memberi sedekah dalam keadaan tiada siapa yang tahu, kerana tanpa orang mengerahui itu lebih baik, lantas kita bersedekah dalam keadaan itu, kemudian hati berbisik, “aku baik sebab bersedekah dengan tidak diketahui orang, (atau apa-apa pekataan yang berkaitan) jika pernah cek balik diri kita kerana ujub sedang menghampiri, jika amalan kita dihadapan manusia lain lebih tertib berbanding sendiri-sendirI ketika beramal, cek balik diri kita, kerana disitu riya’ sedang menghampiri, jika kita rasa kita lebih baik dalam melaksanakan sesuatu berbanding orang lain, contohnya dalam gerak kerja, kemudian kita memperlekehkan kebolehan orang lain…. cepat-cepat kita beristigfar kerana di situ telah hadir takbur dalam diri…

3 beradik ini cukup membuatkan kerisauan akan melanda, kelak diakhirat kita berasa kita sudah beramal, namun timbangan kita dalam membuat kebaikan adalah KOSONG… cuba bayangkan apa perasaan???? Masih mampu tersenyum???? Nauzubillah hi min zalik….. coretan ini diukir agar diRi saya juga para saudara/ saudari sekalian berhati-hati dalam menjaga hati. Kerna dari hati wujudnya niat… harap diri ini juga saudara seIslam sentiasa sedar akan hakikat sebuah kehidupan…..


0 comments: